Sifat-Sifat Dunia & Kepayahannya



Ketahuilah dunia dengan segala pancaroba
cepat berubah mengikut sifatnya
kerana kegembiraan yang sebentar
tidak dapat dinikmati selamanya
justeru berpindalah dari kelazatan yang sementara
untuk mengelak dari kecelakaan yang selama.

Kalian,
usah gusar dengan kesusahan
kerana kedukaan adalah mainan
buat dunia yang gemar kepada kesedihan.

Berpindahlah dari kelazatan yang sementara
bagi mengelakkan kecelakaan yang selama
manusia segaja diduga dengan berbagai kenikmatan dunia
ada yang sedar...lalu kembali beroleh keduanya
dan tidak kurang yang terjerat
dalam simpulan waktu yang sengkat.

Sesungguhnya,
Allah mencuba manusia dengan berbagai pancaroba
“nikmat bagi seorang saya...musibah bagi yang lainnya...”
seperti anjing meratah bangkai dan kotoran
sedang ia menjijikkan bagi manusia.

Allah mempunyai hikmah
dalam penciptaan susah dan senang;
kerana ada manusia yang lupa daratan
apabila diberi kesenangan yang sebentar.

Justru bersyukurlah dengan kesusahan
kerana pertanda Allah hampir dan sayang.
Sesungguhnya, Dia lebih tahu jika kesenangan diberikan
akan lupa dan jauh dari Tuhan.

Tidak ada komentar: